Langkau ke kandungan utama

Catatan

KRITIK vs PENAMBAHBAIKAN

Dia yang aku gelar sahabat. Dengan riak wajah teruja ingin membaca hasil karya pertamaku. Tiada sebarang kritikan namun terdapat beberapa pembetulan. Seperti itu jugalah dalam bersahabat di dunia. Wajarlah kita untuk menjadi teman yang mampu memperbetulkan setiap tingkah laku kita serta mengajak kepada kebaikan. Sungguh sahabat itu cerminan diri kita. 
Catatan terbaharu

KESENDIRIAN

Bersiar-siar sendirian. Udara pagi yang segar mampu memberi aura positif. Terkadang manusia memerlukan masa kesendirian untuk bermuhasabah. Jauh dari kelompok manusia. Berusaha berubah menjadi yang lebih baik dari sedia kala.   

CONTENGAN

  Tampak seperti lukisan biasa. Hanya seperti contengan tidak berseni. Pada hakikatnya terdapat seribu satu cerita disebaliknya. Lukisan, tona warna dan pilihan warna. Semua mempunyai makna tersirat. Aku mendengar cerita daripada pegawai yang mengendalikan ruangan ini. Menurutnya lukisan tersebut merupakan hasil lukisan yang dilukis oleh pelbagai peringkat usia. Pantas sahaja aku mencuba untuk memahami beberapa hasil lukisan. 

KUN FAYA KUN

  Deruan ombak Bunyi-bunyi sapuan ombak umpama membawa seribu satu masalah berlalu pergi. Melihat ombak mengingatkan tentang kebesaran ciptaan Tuhan. Surah Yassin 82 Segala apa yang ada di setiap rencana kita, pasti dengan kepercayaan kun faya kun akan tetap menjadi seperti apa yang tertulis di dalam rencana-Nya. 

CAHAYA

  Cahaya Bukan sekadar cahaya yang mampu menerangi gelap malam.

PSIKOLOGI

     Saya telah diajak oleh seorang rakan untuk berkunjung ke pameran di laluan C how Kit FSSK. Kebetulan sewaktu itu saya mempunyai  masa senggang. Saya juga berasa sangat tertekan sejak sebulan yang lepas kerana sibuk menguruskan program Minggu Apresiasi Watan 2024. Saya diajak untuk melakukan ujian psikologi. Ternyata saya memperoleh keputusan yang agak serius sehingga saya perlu lanjut ke ujian yang seterusnya sebelum menyertai sesi kaunseling. Entah mengapa saya tidak percaya akan diri sendiri sehingga terlalu bergantung harap kepada orang disekeliling saya.       Saya juga melihat pelbagai seni lukisan yang dihasilkan oleh setiap peringkat usia daripada kanak-kanak hingga warga emas yang berada dibawah pemantauan pusat kebajikan. Maka tercetuslah idea saya untuk mengangkat kisah kesihatan mental. 

MERONA JINGGA

Kesendirian seperti kebiasaan.  Susun atur dekorasi dalaman sebuah cafe ini mencuri perhatian.  Pantulan sinaran matahari juga memainkan peranan. Merona jingga. Kelihatan tenang meski bahang diluar cafe masih terasa. Seperti itulah juga jiwa yang diluarnya tampak ceria. Meski dalaman hanya mampu memendam seribu bahasa.  

USIA vs TENAGA

Tenaga Ruang ini bukanlah sekadar memerihalkan tentang tenaga. Ruang ini lebih menunjukkan bahawa jika ada kemahuan di situ ada jalan. Seorang peniaga cenderamata sudah mula bertapak dikawasan perniagaan itu kira-kira 45 tahun. Meski jari-jemarinya sudah berkedut, namun usaha dia menghasilkan seni ukiran amatlah saya hargai.  Entah mengapa jauh di sudut hati saya berasa sebak melihat usaha dia dan tenaga untuk mencari rezeki bagi meneruskan hari-hari mendatang. 

ASTROPHILE

 Langit Terkadang cerah  Terkadang mendung Begitu juga perasaan kita, Terkadang gembira Terkadang sedih Namun perjuangan di medan kehidupan harus diteruskan meski luka menjadi taruhan.

MASA LALU

                                           Masa lalu adalah sejarah kehidupan kita. Baik buruknya sesebuah peristiwa itu bergantung pada cara kita memaknainya. 💜