Langkau ke kandungan utama

PSIKOLOGI


    Saya telah diajak oleh seorang rakan untuk berkunjung ke pameran di laluan Chow Kit FSSK. Kebetulan sewaktu itu saya mempunyai  masa senggang. Saya juga berasa sangat tertekan sejak sebulan yang lepas kerana sibuk menguruskan program Minggu Apresiasi Watan 2024. Saya diajak untuk melakukan ujian psikologi. Ternyata saya memperoleh keputusan yang agak serius sehingga saya perlu lanjut ke ujian yang seterusnya sebelum menyertai sesi kaunseling.

Entah mengapa saya tidak percaya akan diri sendiri sehingga terlalu bergantung harap kepada orang disekeliling saya. 

    Saya juga melihat pelbagai seni lukisan yang dihasilkan oleh setiap peringkat usia daripada kanak-kanak hingga warga emas yang berada dibawah pemantauan pusat kebajikan. Maka tercetuslah idea saya untuk mengangkat kisah kesihatan mental. 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KUN FAYA KUN

  Deruan ombak Bunyi-bunyi sapuan ombak umpama membawa seribu satu masalah berlalu pergi. Melihat ombak mengingatkan tentang kebesaran ciptaan Tuhan. Surah Yassin 82 Segala apa yang ada di setiap rencana kita, pasti dengan kepercayaan kun faya kun akan tetap menjadi seperti apa yang tertulis di dalam rencana-Nya. 

KRITIK vs PENAMBAHBAIKAN

Dia yang aku gelar sahabat. Dengan riak wajah teruja ingin membaca hasil karya pertamaku. Tiada sebarang kritikan namun terdapat beberapa pembetulan. Seperti itu jugalah dalam bersahabat di dunia. Wajarlah kita untuk menjadi teman yang mampu memperbetulkan setiap tingkah laku kita serta mengajak kepada kebaikan. Sungguh sahabat itu cerminan diri kita. 

CONTENGAN

  Tampak seperti lukisan biasa. Hanya seperti contengan tidak berseni. Pada hakikatnya terdapat seribu satu cerita disebaliknya. Lukisan, tona warna dan pilihan warna. Semua mempunyai makna tersirat. Aku mendengar cerita daripada pegawai yang mengendalikan ruangan ini. Menurutnya lukisan tersebut merupakan hasil lukisan yang dilukis oleh pelbagai peringkat usia. Pantas sahaja aku mencuba untuk memahami beberapa hasil lukisan.