Tenaga
Ruang ini bukanlah sekadar memerihalkan tentang tenaga.
Ruang ini lebih menunjukkan bahawa jika ada kemahuan di situ ada jalan.
Seorang peniaga cenderamata sudah mula bertapak dikawasan perniagaan itu kira-kira 45 tahun. Meski jari-jemarinya sudah berkedut, namun usaha dia menghasilkan seni ukiran amatlah saya hargai.
Entah mengapa jauh di sudut hati saya berasa sebak melihat usaha dia dan tenaga untuk mencari rezeki bagi meneruskan hari-hari mendatang.

Ulasan
Catat Ulasan